GEMPAR!. Pelajar Bijak Pandai SPM 10A Tapi Akhirnya Ke Tali Gantung.


GEMPAR!. Pelajar Bijak Pandai SPM 10A Tapi Akhirnya Ke Tali Gantung.

GEMPAR!. Pelajar Bijak Pandai SPM 10A Tapi Akhirnya Ke Tali Gantung.
Seperti diceritakan oleh seorang doktor. Beberapa tahun lalu ada seorang pelajar cemerlang, SPM dapat 10A, dapat jurusan perubatan sebelum “sesuatu” berlaku yang akhirny membawa dia ke tali gantung.. Allahu. Jom baca kisah ni semoga jadi pedoman.

PESAKIT TELAH BUNUH 3 ORANG SEKELUARGA

Ibu bapa acuan akhlak anak-anak. Jika baik acuannya, maka baiklah hasilnya. Begitu jugalah sebaliknya. Mungkin ada yang setuju dengan kenyataan di atas dan ada juga yang tidak bersetuju.

Walau apapun pandangan anda, apa kata anda baca dahulu kisah Puan Nadiah Yusof, tentang seorang remaja yang tersalah memilih jalan dalam kehidupan, walaupun pernah mendapat 10A dalam SPM.

Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian lapan tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua-dua belah tangannya.

Kira-kira tidak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.

Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya.

Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh 3 orang penghuni rumah iaitu isteri, anak berusia 3 tahun dan orang gaji.

RUPANYA PENAGIH DADAH

Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.

Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tidak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya.

Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya. Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah sebelum pecah masuk dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi.

Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di rumah. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.

KISAH HIDUP SUSPEK YANG SANGAT TRAGIS

Bila masuk ke ward, social history lebih terperinci didapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan. Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.

Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada no telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian denngannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.

Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya.

BAHAYA NAJIS DADAH

Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam 2 hari habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.

Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90% (anggaran kasar dan personel) dari kes rogol, sumbang mahram, sodomy malah dadah terhasil dari broken family.

Ketika ini lihat dimana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan. Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang.

Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.

Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat. Siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia. Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.

SUSPEK TU TAK SIAPA DUDUK DEKAT SEHINGGA…

Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih ingat soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari ‘high’, baru sedar dia membunuh tiga nyawa.

“Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh.”

“Sebab kamu manusia, manusia buat silap. Kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.”

Ketika itu saya sebak. Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah & masalah keluarga.

Sumber : Nadiah Nay via khalifahmailonline

Sumber : sehinggit

[GEMPAR] Terbongkar Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq Akhirnya Terjawab…


Terbongkar Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq Akhirnya Terjawab
Perang di Iraq oleh Amerika masih tinggal sisa-sisa. Walaupun kerajaan Saddam tumpas, kini masih ada askar Amerika di sana.Askar wanita yang akan ke Iraq diarahkan Kementerian Pertahanan Amerika supaya membawa kondom.

Akhirnya Terungkai, Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq

Akhirnya Terungkai, Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq

Ini kerana berlaku peningkatan kehamilan yang agak mebimbangkan semasa misi ketenteraan. Ada juga iklan di dalam sebuah majalah tentera member amaran kepada askar wanita supaya mengambil perlindungan kerana terdapat nisbah 50 lelaki untuk setiap wanita.

Peraturan ketenteraan di Amerika melarang askar mengadakan hubungan di kawasan perang. Namun menurut cerita dari pegawai tentera, larangan itu diabaikan sekiranya hubungan itu berlaku antara askar berpangkat yang sama (same rank) dan juga jika tidak mendatangkan kesan kepada operasi. Inilah punca sebenarnya selain ratio 50 lelaki untuk 1 wanita.

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan 133 askar wanita hamil di Iraq dariapada Januari 2003 hingga tahun lepas.

Akhirnya Terungkai, Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq

Selain itu, majalah New Yorker melaporkan bahawa beberapa gambar dan video yang belum disiarkan oleh Pentagon menunjukkan askar-askar Amerika Syarikat (AS) melakukan hubungan seksual dengan tahanan wanita rakyat Iraq sehingga ada yang hamil, selain mendera mereka.

Menurut majalah itu, satu laporan rahsia oleh Jeneral Antonio Taguba berhubung skandal itu mengesahkan bahawa askar AS turut merakamkan gambar bogel tahanan wanita rakyat Iraq.

“Laporan oleh Taguba itu juga menyebut bahawa pengawal polis tentera melakukan hubungan seks dengan tahanan wanita rakyat Iraq,” kata New Yorker. Laporan majalah itu turut disahkan oleh pakar sains politik di Universiti Baghdad, Prof. Huda Shaker yang mendakwa tahanan-tahanan wanita Iraq mengalami penderaan mental dan seksual termasuk dirogol oleh tentera penceroboh.

Katanya, beberapa wanita yang ditahan di penjara Abu Gharib mengadu mereka mengalami penderaan seksual termasuk seorang gadis yang dirogol sehingga hamil.

Akhirnya Terungkai, Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq

“Gadis itu bernama Noor tetapi sewaktu saya ke rumahnya di Baghdad awal tahun ini, jiran-jirannya memberitahu bahawa dia dan keluarganya telah berpindah,” kata Huda.

Huda kini bekerja dengan Amnesty International untuk mengumpul data berhubung salah laku tentera penceroboh ke atas tahanan wanita rakyat Iraq.

Akhirnya Terungkai, Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq

Akhirnya Terungkai, Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq

Hanya segelintir wanita yang dibebaskan, tampil mengadu mengenai insiden itu kerana masyarakat Iraq menganggap rogol sebagai perkara yang memalukan dan ada antara keluarga yang sanggup membunuh mangsa demi maruah keluarga.

Menurut Huda, beliau percaya Noor mungkin turut dibunuh untuk melindungi maruah keluarganya.

Profesor itu menjelaskan, beliau turut bertanya seorang rakannya yang ditahan oleh askar AS sama ada mereka melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya.

“Saya rasa insiden rogol atau penderaan seksual berlaku terhadapnya kerana dia bersumpah untuk tidak bercakap lagi dengan askar Amerika,” tegas Huda.

Akhirnya Terungkai, Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq

Akhirnya Terungkai, Punca Sebenar 133 Askar Wanita Amerika Hamil Di Iraq

Sementara itu, seorang pegawai kanan tentera AS, Kolonel Dave Quantock ketika mengiringi para wartawan melawat penjara Abu Gharib dua hari lalu, turut mengaku bahawa kes rogol memang berlaku di penjara itu.

Ditanya bagaimana ia boleh berlaku, Quantock yang kini mengambil alih pemerintahan di penjara itu berkata, ia bergantung kepada kepimpinan tetapi ia tidak berlaku lagi sekarang.

Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan bercakap dengan tahanan wanita yang ditempatkan di bahagian atas bangunan penjara yang menempatkan bilik-bilik seluas 3.75 meter persegi tanpa tingkap.

Kumpulan hak asasi antarabangsa melaporkan askar AS menahan isteri atau anak perempuan suspek. – Agensi

Satu Pertiga Tentera Wanita Amerika diperkosa semasa bertugas

Menurut berita web NPR, survei dari sejumlah bekas tentera perempuan tahun 2003 yang ditemubual bahawa 30 peratus di antara mereka telah diperkosaa semasa bertugas. Sebuah kajian tahun 2004 mengenai bekas tentera yang sedang melakukan rawatan medic untuk kelainan pasca-traumatic stress(trauma stress selepas peperangan ), ditemui bahawa 71 peratus perempuan mengatakan mereka diserang secara seksual atau diperkosa pada saat sedang bertugas. Dan hasil kaji selidik tahun 1995 mengenai bekas tentera perempuan perang Teluk dan lain-lain peperangan sebelumnya, ditemukan bahawa 90 peratus telah dimalukan secara seksual.

BBC pula baru-baru ini melaporkan sebuah buku dengan tajuk “The Lonely Soldier: The Private war of Women Serving in Iraq” yang ditulis Helen Benedict, yang kandungannya memaparkan betapa sulit yang harus dialami oleh tentera perempuan yang ditugaskan di luar Amerika. Benedict mewawancarakan beberapa perempuan dalam barisan militer AS dan beberapa cerita mereka itu benar-benar di luar dugaan. Spesialis tentara Chantelle Henneberry mengulas tentang beberapa pengalamannya di Iraq, “Semua orang seharusnya memiliki teman pertempuran dalam angkatan bersenjata dan perempuan seharusnya memiliki satu orang yang akan menemaninya semasa pergi ke toilet, atau ke bilik mandi, sehingga anda tidak diperkosa oleh salah seorang pemuda ketika anda sedang sendiri. Tetapi kerana saya adalah perempuan satu-satunya di sana, saya tidak memiliki teman.

Teman saya adalah pistol dan pisau.” lain-lain kajian merumuskan bahawa 90% dari semua perempuan yang bertugas di dalam tentera AS telah dimalukan secara seksual. Ada kajian mengatakan bahawa 90% dari semua mangsa perkosaan tidak membuat laporan. Sebuah wawancara online dari seorang bekas tentara AS yang identitinya dirahsiakan mengatakan, “Setidak- tidaknya tiadak ada lagi saya dimalukan atau dipersendakan. Saat itu adalah hari-hari yang sangat buruk bagi saya. Tidak ada seorang pun dari teman-teman saya yang diperkosa mahu melaporkan tindak kejahatan yang menimpa mereka .

Atau jika kita cuba melaporkan, kami dipaksa tutup mulut atas nama ‘moral’. Bekerja dengan secara diperkosa Anda setiap hari sama sekali bukan hal yang menyenangkan, percayalah.” Pada tahun 2008, hanya 62% dari pelaku terkena jerat hukum akibat dilakukan seksual atau perkosaan. Itupun hanya menerima hukuman yang sangat ringan, seperti penurunan pangkat, skorsing atau teguran tertulis.Namun jelas masalah ini tidak hanya terjadi dalam badan tentera AS. Pelanggaran kehormatan ini pun merajalela di kalangan kontraktor pertahanan swasta AS di luar negeri. Seperti halnya yang dialami oleh Jamie Leigh Jones. Kontraktor perempuan ini dibius dan diperkosa oleh tujuh rakan kerjanya dari Halliburton/KBR ketika sedang berada di Irak tahun 2005 dan Jones mengalami luka yang sangat serius. KBR hanya meyediakan sebuah tempat tidur, tanpa makanan, air dan kemudahan perubatan.

Budaya kekerasan seksual terhadap perempuan ini sepertinya bukan hal yang aneh, baik di dalam tentera AS mahupun kontraktor swasta negeri Paman Sam ini. Dan banyak kalangan yang meminta pemerintah bertindak tegas untuk mengakhiri budaya yang tidak bermoral ini. Ketika hampir satu pertiga dari semua perempuan yang ditugaskan mengalami perkosaan dan lebih dari dua pertiga lagi mengalami penyerangan secara seksual, namun masalah ini masih merajalela dan semakin sistemik di Amerika Serikat.

Sumber : viralism

Share this:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *