“Kau peguam tapi….” – DJ Terkenal Malaysia Luah Detik Hitam Jadi Mangsa Pukul Boyfriend Psycho

“Kau peguam tapi….” – DJ Terkenal Malaysia Luah Detik Hitam Jadi Mangsa Pukul Boyfriend Psycho


Lelaki jenis apa ni suka-suka pukul perempuan? Kalau admin dah lama lari tinggalkan boipren kaki pukul macam ni. Tapi kami agak terkejut jugaklah bila baca cerita dari Leng Yein yang viral kat Facebook ni, bila dia bertahan dekat dua tahun beb hidup dengan boyfriend psycho macam ni!


Leng Yein yang dah tak tahan hidup jadi punching bag jantan tak guna ni tulis kat Facebook dia,

“Dua tahun, aku rasa dah cukup bertahan. Kau peguam tapi kau ugut aku selama dua tahun. Kali ni aku nak bertegas. Aku tahu kau rapat dengan polis dan sistem undang-udang. Tapi aku tak takut untuk beritahu KEBENARAN.


“Ini BUKAN CINTA. Domestic violence ni TAK BETUL.”


Sumber: Facebook

Sumber: Facebook
Malah Leng Yein jugak cerita apa yang berlaku kat dia sebelum kena hentam teruk dengan boyfriend tak guna ni. Semuanya bermula bila boyfriend dia cakap nak tinggalkan Leng Yein sebelum dia masuk operation room untuk 9 jam. Bila Leng Yein balik ke Malaysia after operation tu, dia ingat semua dah settle dah. Tup-tup lain pulak yang jadi.


Boyfriend dia tetiba naik angin lepastu pukul dia teruk-teruk. Sebelum ni, mamat tu ada cakap nak keluar dari rumah sebab dah bosan stay dengan Leng Yein. Dia tuduh Leng Yein layan dia macam anjing dan langsung tak faham dia. Kiranya macam mangsa ni bukan GF yang terbaiklah untuk dia yang super perfect tu.

“Bila aku bagitahu kau untuk jangan overreact, kau terus jerit-jerit lepas tu baling dan pecahkan barang. Kau start pukul aku. Aku ingat kau dah berubah. Tapi malangnya aku SALAH,” cerita Leng Yein lagi.


Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook
Tak cukup dengan tu, boyfriend Leng Yein jugak pernah ugut nak suruh bapak dia bunuh Leng Yein dengan adik perempuan dia. Gilalah! Tapi bila Leng Yein dah kena pukul teruk macam ni, dia rasa lebih elok kalau dia viralkan je isu ni kat media sosial supaya semua orang tahu perangai sebenar BF dia tu.

“Aku akan teruskan hidup aku macam biasa, macam mana sebelum kau datang dalam hidup aku sebelum ni dan rosakkannya. Kau bertanggungjawablah dengan segala perbuatan kau ni.

“Aku dah tak takut lagi. Kalau kau nak guna kawan peguam atau polis dan aku tak ada sesiapa, aku TAKKAN MENGALAH dan akan terus bersuara. Dengan cara ni je aku boleh hentikan keganasan terhadap wanita lain yang aku sendiri dah lalui. Aku akan buat sesuatu tentang benda ni,” tulis Leng Yein dekat akhir posting dia tu.

Sumber: Facebook

 

Sumber: Blog
Apa-apapun harapnya lelaki yang pukul mangsa tu kena tangkap dengan polis lah tak lama lagi. Teruk kot dia pukul perempuan tu. Tak sanggup kita orang nak tengok. Dari muka perempuan tu cantik, terus habis penuh luka dan parut.

Ingat girls! Kalau boipren korang tu dah mula dok tunjuk simptom kaki pukul, cepat-cepatlah angkat kaki. Tak guna stay dalam relationship macam tu. Sayang-sayang semua plis tolak tepi.

DAHSYATVIRAL

“Aku kena tampar, kena tolak kepala, kena maki….” – Lelaki Pukul Kekasih Untuk Sorok Kecurangan

Cemburu merupakan satu penyakit yang bahaya kerana orang yang cemburu sanggup melakukan perkara yang tidak elok kepada pasangan mereka atas alasan sayang dan cinta.

Kita biasa dengar kisah teman lelaki mendera atau menyerang kekasihnya kerana cemburu walaupun hakikatnya mereka tidak pernah curang kepada pasangan. Baru-baru ini, seorang wanita telah bercerita mengenai bekas kekasihnya yang sering mengongkong dan sering cemburu dengan lelaki lain yang berada di sekelilingnya.

Melalui perkongsian di IIUM Confession, seorang wanita bernama Mimi berkongsi pengalamannya berada dalam perhubungan yang tidak sihat selama empat tahun. Kisahnya bermula apabila Mimi memulakan perhubungan dengan R dan pada awalnya mereka sangat bahagia sehingga mereka berdua pernah terlanjur.

Gambar hiasan
Menurut Mimi, R mula berubah apabila dia menyambung pelajaran jauh dari kekasihnya itu. R berubah dan mula mengongkong, melempar makian serta mula menengking Mimi. R juga akan memakinya sekiranya dia tidak menjawab panggilan dan sering menuduhnya curang.

Bukan itu sahaja, R juga turut menghalang Mimi daripada berkawan dengan semua kawan-kawan dan sepupu-sepupu lelaki sehinggakan dia terpaksa membuang semua nombor telefon mereka bagi mengelakkan pergaduhan.

Lelaki itu juga dikatakan pernah menampar, menolak kepala dan memakinya di hadapan kawan-kawan mereka. Dia juga pernah mengugut untuk memberitahu semua kenalan bahawa mereka pernah terlanjur.

Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, pesanan ringkas daripada ibunya telah membuka mata Mimi.

Mak tak suka dia. Jangan lawan cakap mak dan ayah. Tak bahagia hidup kalau tiada restu mak ayah. Mak tak nampak tapi Allah nampak.”

R juga sangat suka mengongkong sehingga dia membuka dan membaca semua mesej serta menuduhnya curang kerana seorang rakan lelaki pernah mengajak Mimi keluar bersama dengan rakan-rakan lain. Mimi akhirnya mengambil keputusan untuk putus dengan kekasihnya itu dan bertemu semula beberapa tahun kemudian kerana kononnya R ingin berbaik semula dengannya dan ingin berubah.

Ketika mahu memujuknya, R telah terlepas cakap dan mendedahkan yang dia kerap keluar dan terlanjur dengan perempuan lain sepanjang mereka bercinta. Dia juga mengaku tujuannya mengongkong selama ini adalah kerana takut Mimi juga akan curang sepertinya.

Gambar hiasan
Walaupun begitu, Mimi cuba melupakan segalanya kerana semuanya sudah lama berlalu. Sehingga kini, R dikatakan masih mencari jalan untuk mengganggu hidup Mimi walaupun Mimi bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain.

Psycho lelaki macam ni. Harap-harap dia akan berhenti kacau Mimi bila dia dah kahwin nanti.

 

Sumber:beritahangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *