Saiful Malaysian Idol Ambil Keputusan Menjadi Perempuan?Dah Penat Menjadi Lelaki Kot Dia Ni??, (13 Gambar)

Pasti anda mengenali Saiful yang popular melalui rancangan Malaysian Idol di TV3.

Setelah Penat Menjadi Lelaki, Saiful Malaysian Idol Ambil Keputusan Menjadi Perempuan? (13 Gambar)

Selepas tamat program itu, Saiful tampil dengan lagu single “Ku Juga Mencintaimu”, nama sebenar penyanyi berwajah manis ini adalah Mohammad Saiful Bakeri

Namun, selepes lagu pertama itu, dia lama diam menyepi dan tiba-tiba muncul dengan lagu single kedua yang bertajuk “Aku Ada Di Sini”. Saiful popular dalam kalangan wanita kerana berwajah comel dan manis. Beliau juga sebumbung bersama Jaclyn Victor di bawah syarikat rakaman yang sama.

Namun, nama Saiful semakin tenggelam sehinggalah hari ini. Peminat dikejutkan dengan perubahan Saiful yang kelihatan seolah-olah golongan mak nyah. Betul ke Saiful dah jadi pondan? Kita tunggu jawapan dari beliau sendiri.

Layan gambar Saiful yang kelihatan seperti perempuan yang mengejutkan peminat di bawah.

Benarkah ‘Saifulina’ Ini Adalah Saiful Malaysia Idol?

Mungkin tak ramai mengenali Saiful Malaysia Idol kerana perjalanan dalam bidang nyayiannya tidak terlalu lama dan agak perlahan jika dibanding dengan bintang realiti lain. Terdahulu, Saiful pernah popular melalui rancangan Malaysian Idol di TV3.

Selepas tamat program itu, Saiful atau nama sebenar penyanyi berwajah manis ini, Mohammad Saiful Bakeri tampil dengan lagu single Ku Juga Mencintaimu yang menjadi siulan ramai.

Namun, selepas lagu pertama itu, anak kelahiran Sarawak itu lama diam menyepi dan kemudian muncul dengan lagu single kedua yang bertajuk Aku Ada Di Sini terbitan Sony BMG Music Entertaiment.

Saiful yang popular dalam kalangan wanita kerana berwajah manis dan berlesung pipit. Saiful juga sebumbung bersama penyanyi hebat, Jaclyn Victor di bawah syarikat rakaman yang sama. Namun, nama Saiful semakin tenggelam sehinggalah hari ini.

Baru-baru ini seorang penguna twitter telah berkongsi satu foto perempuan cantik yang didakwa penyanyi itu.

Menerusi perkongsian individu itu di laman twitter, ramai yang agak terkejut dan tidak menyangka perubahan yang drastik itu. Kalau sebelum ini mungkin pernah ada kisah Saiful berubah ke arah ‘wanita’, tapi kali ini memang transformasi begitu ketara.

“Saya memang lelaki tulen dan saya tidak perlu untuk membuktikan apa-apa semata-mata untuk memuaskan hati semua pihak. Lagipun, tak semua lelaki yang berjambang dan bermisai itu tulen,” kata Saiful mempertahankan dirinya apabila kenyataannya itu pernah disiarkan menerusi Berita Harian terbitan 3 Mac 2007.

Menurut dakwaan yang tular di media sosial kini, Saiful juga kini mesra dengan panggilan Saifulina.

Sehingga kini tidak pasti sama ada benarkah gambar Saifulina itu dengan Saiful adalah orang? MH Online akan cuba mendapatkan kenyataan daripada Saiful sendiri.

SELEPAS muncul dengan salah satu lagu popularnya, lagu Ku Juga Mencintaimu, nama penyanyi berwajah manis Mohammad Saiful Bakeri atau lebih dikenali dengan panggilan Saiful seolah-olah tenggelam.

Namun, siapa sangka, sepinya Saiful umpama diam-diam ubi. Jejaka berasal dari Kuching Sarawak ini yang merupakan finalis Malaysian Idol musim pertama melangkah setapak lagi dengan kemunculan albumnya yang kedua bersama Sony BMG yang berjudul Aku Ada Di Sini.

Mengimbau kenangan ketika menyertai MI, Saiful yang sebumbung bersama Jaclyn Victor di bawah label syarikat rakaman yang sama adalah merupakan antara peserta yang teruk diberi kritikan.

Ada saja yang tidak kena di mata juri, namun tuah mempertahankan nasib peserta itu hingga ke tahap Top 5.

Menerusi diskografinya kali ini, Saiful tampil dengan konsep berbeza. Memuatkan sembilan lagu ini diadaptasi dari lagu-lagu popular Mandarin dan kantonis serta sebuah lagi lagu antarabangsa. Lagu-lagu ini telah diberi nafas baru dengan alunan muzik yang lebih segar dan liriknya pula ditulis semula dalam Bahasa Melayu.

Saiful pula berkata, kelahiran albumnya kali ini, latihan mendengar dan menghayati lagu yang diadaptasi yang akan dimuatkan di dalam albumnya giat dilakukan bagi memastikan kualiti yang dihasilkan mendapat kepuasan para pendengar.

Pengarah Urusan Sony BMG Music Entertainment, Adrian Lim, berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang boleh menerima lagu-lagu daripada pelbagai bahasa.

“Sesebuah lagu yang mempunyai melodi yang cukup indah pasti mudah menarik selera pendengar sungguhpun disampaikan dalam bahasa yang berlainan” katanya ketika ditemui dalam sesi majlis pra dengar album Saiful, Aku Ada Di Sini bertempat di pejabat Sony BMG Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aku Ada Di Sini menampilkan sembilan buah lagu. Lapan lagu yang diadaptasi dari lagu-lagu popular Mandarin dan Kantonis. Sebuah lagi lagu Inggeris dari Kumpulan Trademark berjudul Only Love.

Lagu tersebut telah mendapat sentuhan gubahan lagu oleh komposer Iman Wan dan disampaikan dalam Bahasa Melayu dengan gaya yang tersendiri tanpa mengikut rentak asal oleh penyanyi asal.

Menurut Adrian, pihaknya telah menyenaraikan 200 buah lagu luar negara yang merupakan lagu-lagu nyanyian penyanyi-penyanyi popular Taiwan dan Hong Kong untuk pembikinan album tersebut.

Bagaimanapun, hanya lapan buah lagu sahaja yang dipilih. Keseluruhan lagu yang dimuatkan di dalam album kedua Saiful dipilih kerana alunan melodinya yang cukup indah dan popular di Asia.

Lima daripada lagu yang terdapat dalam album ini dicipta oleh komposer tempatan yang pernah disampaikan oleh penyanyi-penyanyi popular seperti Sammy Cheng, Ah Niu dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, lagu yang mempopularkan Saiful dikalangan peminatnya iaitu lagu Ku Juga Mencintaimu turut dimuatkan dalam albumnya ini. Lagu ini juga turut dirakamkan dalam versi yang agak berbeza dari versi yang terdahulu di mana alunan melodinya lebih rancak kedengaran.

Buat peminat setia Saiful yang ingin memiliki album terbaru beliau. Album yang berjudul Aku Ada Di Sini akan berada di pasaran bermula 17 Jun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *