Mengejutkan!! Gambar X-ray Safiq Rahim Terlupa Cencored Jadi Bahan Gelak Netizen Di Laman Sosial

Mengejutkan!! Gambar X-ray Safiq Rahim Terlupa Cencored Jadi Bahan Gelak Netizen Di Laman Sosial

Gambar X-Ray Safiq Rahim Terlupa Cencored Jadi Viral Di laman Sosial. Mungkin niat di hati mahu berkongsikan gambar x-ray kecederaan di bahagian peha kapten pasukan JDT bertukar menjadi bahan ketawa netizen di Laman sosial, apabila gambar x-ray tersebut juga menayangkan
bahagian yang tidak sepatutnya.

Gambar x-ray yang dimuat naik oleh laman Penyokong Setia Johor itu, 5 jam yang lalu itu mencetus pelbagai reaksi netizen.

“Kecederaan Peha Kapten JDT, Safiq Rahim dikenali sebagai Hemotoma. Darah beku rasanyalah. Semoga cepat sembuh kapten. InshaAllah. Amin,” katanya.

Menyedari sesuatu yang tidak kena selepas ditegur netizen, pengendali laman itu kemudian menurunkan gambar berkenaan.

“Terima kasih menegur. Sumpah saya tak perasan ada sesuatu yang engkorang nampak. Maaf. Lepas ini akan diteliti dahulu sebelum post. Terima kasih,” katanya.

Bagaimanapun, gambar itu telah discreenshot oleh netizen dan tersebar meluas di media sosial.

 

Moral Of The Story ialah pastikan buat double check sebelum buat posting…bila dah terlepas kan dah susah…!!

PERMULAAN KERJAYA

Lebih menarik, segala kejayaan yang diraih Safiq adalah ketika dia memakai lilitan kapten pasukan.

Safiq mula dikenali peminat tempatan seawal usia 17 tahun, apabila dia membarisi skuad kebangsaan bawah 20 tahun kendalian Datuk K Rajagobal pada 2004.

Safiq merupakan kapten pertama sebuah kelab Liga Super untuk menjulang kejuaraan liga empat kali berturut-turut

Rajagobal ketika itu baru saja mengambil alih tugas dari Jovan Viera, 14 hari sebelum saingan AFC bawah 20 Tahun (kini bawah 19 Tahun) yang berlansung di Johor Baharu dan Kuala Lumpur.

Selain Safiq, pemain-pemain lain yang turut membarisi pasukan itu termasuk Norshahrul Idlan Talaha, Aidi Zafuan and Zaquan Adha Abdul Radzak serta Azlan Zainal.

Biarpun persiapan singkat, Safiq dan rakan-rakan tampil cemerlang dan berjaya ke suku akhir kejohanan dan hanya selangkah lagi ke Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2005.

Namun, skuad China terlalu ampuh apabila diperkuatkan bekas pemain remaja Manchester United, Dong Fangzhou.

Apa pun, Safiq berjaya menjelmakan potensi awalnya selaku perancang tengah di kejohanan itu.

Safiq turut membarisi skuad remaja negara yang layak ke saingan AFC Bawah 20 Tahun edisi 2006 di India.

Malangnya, masalah kecederaan beberapa tonggak menyaksikan skuad negara gagal melepasi peringkat kumpulan.

LIGA SUPER:

Safiq meraih kejuaraan liga pertamanya bersama Selangor pada musim 2010.

Dua musim pertama bersama skuad utama Selangor pada 2007 dan 2008 menyaksikan Safiq terpaksa bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Demi mendapatkan lebih banyak masa bermain, Safiq berhijrah ke KL Plus FC (kini sudah dibubarkan) pada musim 2009.

Meskipun tidak meraih kejuaraan di Plus, Safiq tampak lebih matang sehingga FAS kembali memanggilnya untuk menguatkan skuad Selangor pada 2010.

Dari musim 2011 sehingga 2012, Safiq tidak memenangi sebarang kejuaraan bersama Selangor dan akhirnya mengambil keputusan berhijrah ke JDT pada 2013.

Di JDT, Safiq berjaya meraih kejuaraan Liga Super dari 2014 hingga 2017 dan pada masa sama, Safiq turut mendapat kepercayaan selaku kapten pasukan Harimau Selatan.

Safiq juga merupakan kapten pertama sebuah kelab Liga Super untuk menjulang kejuaraan liga empat kali berturut-turut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *