Isteri Bosan Dengan Suami Suka Mabuk & Berskandal Dan Bergaduh kerana Nasi Lemak?

Isteri Bosan Dengan Suami Suka Mabuk & Berskandal Dan Bergaduh kerana Nasi Lemak?

Hi admin.. hide profile fb aku ye. aku sudah kawen 5 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan 4 tahun. Aku muda lagi baru 22 tahun dan suami baru masuk 30 dan aku tengah pregnant anak no.2 dah 4 bulan sekarang ni.

Ceritanya macam ni.. aku dah lama pendam perasaan ni dari awal perkahwinan dulu lagi aku sabar dengan perangai suami langsung tak ambil tau dan kisah pasal aku. Dah banyak kali aku makan hati, macam kurang kasih sayang pun ye aku ni. Aku jenis yang diam saja, kalau tengah marah pun aku still diamkan saja hanya air mata yang mengalir untuk menenangkan hati. Dia suami yang baik sebenarnya. Aku akui tu.

Tanggungjawab dia tak pernah abaikan semuanya perfect. Tapi satu aku tak suka. Dia selalu keluar lepak dengan kawan2 dia dan masing2 sudah berkahwin semua. Mula2 dulu aku tak kisah sangat sebab dia selalu bawa aku sekali. Lama kelamaan aku mula bosan ikut dia lepak dengan kawan2 kat kedai mamak. Mungkin sebab sudah ada anak masa tu, aku lebih suka duduk kat rumah jaga anak saja.

Sampailah sekarang ni makin menjadi-jadi dia suka lepak dengan kawan2 daripada luangkan masa dengan aku dan anak kami. Da kerja 8.30pagi dan balik kerja 9.30 malam. Lepas balik kerja, siap mandi dan makan dia akan keluar lepak dengan kawan dia. Kadang balik rumah pun pukul 5-6 pagi tu paling awal dia balik. Kalau lambat pukul 7,8 pagi baru dia ingat nak balik rumah.

Apa dia ingat aku tunggul kayu kat rumah ni. Dah dia keje Isnin-Sabtu. Hanya hari Ahad dia cuti tu pun dia habiskan masa dia dengan kawan dia. Takde satu hari pun masa terluang untuk aku dan anak. Aku tak pernah keluar sendri dan tak pandai drive. 24jam seminggu aku terperuk kat rumah min..sadis kan..aku dah rasa macam kene kurung min. Anak pun dah pandai protes sebab teringin nak pergi jalan2.

Cakap kat bapak dia, nak pergi jalan2 walaupun pergi pasar malam pun anak aku happy sangat min. Kadang aku terfikir, apa fungsi aku kat rumah ni ya. Aku bukan org gaji. Aku pun tau penat lelah kemas rumah jaga anak. Dia ingat aku kat rumah senang keje. Makan dan tidur saje. Itu yang dia selalu bagitau aku kalau kami bergaduh pasal hal ni. Ooo mentang2 ko sorang je keje, ko senang2 cakap aku duk senang kat rumah perabih beras ye!

Kau mula mengungkit semua yang kau beli dalam rumah ni semua pakai duit kau kan! Sanggup kau katakan tu kat aku. Maklumlah aku tak kerja. Kau cakap, kau dah bagi semua kesenangan dan kemudahan dalam rumah ni untuk aku.. kecuali kemewahan wang ringgit kau tak mampu tunaikan lagi. Ya memng betul kau bagi semua keperluan aku dan anak. Apa yang aku minta semua aku dapat selagi kau mampu. itu betul dan aku bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Aku dari kecil memang selalu dimanjakan mak aku dengan kemewahan. disebabkn tu aku sanggup tinggalkan kemewahan mak aku berikan dan hidup bersama kau sebab aku nak berdikari susah senang bersama kau. Tu pun kau tak faham ke? Aku memang tak pernah mintak duit kat kau walaupun aku teringgin nak belanja untuk aku sendiri. Aku pendamkan saja. Kadang aku malu balik kampung. Mak selalu bagi aku macam2 barang kemas dan untuk cucu dia jugak.

Aku tau kau tak mampu bagi macam yang mak aku bagi, sebab tu aku pakai barang kemas time balik rumah mak saja. Kat rumah kita sendiri, aku akan buka dan simpan je semua sebab aku tak nak kau kecik hati. Kau tau tak?! Dan malam tadi paling sakit yang pernah aku rasa.. sabar aku ada had.. lama-lama aku pendam boleh meletup semua. Time aku tengah potong2 bawang, aku terhiris jari dan darah pun keluar banyak. Aku dah tak sedap hati.

Mungkin ini pertanda.. seperti biasa selepas balik kerja, dia mandi dan makan dulu. Tengah dah siap makan, kawan dia ada whatsapp kata nak ajak keluar. Apalagi.. siap2 lah dia.. kata tak lama kejap je.. aku ok saja sebab tengah layan movie tv3. Tunggu punya tunggu jam dah pukul 12.30 malam dan movie pun sudah habis. Tapi bayang dia pun tak nampak lagi. Anak kerap kali tanya, mana papa mana papa. Lamanya katanya. Ok aku tidurkan anak dulu.. tengok2 jam sudah pukul 1 lebih.

Dan aku dah macam tak sedap hati aku pun check whatsapp web dia.. mau luruh jantung aku tengok gambar dia dengan perempuan lain yang dia sendiri send kat group family dia dan share lagi kat kawan2 dia gambar tu. Apa motif?! Yes dia mabuk teruk sampai nak jalan pun tak boleh. Aku dah tak fikir apa terus call whatsapp dia. And guess what? Dia cari tempat sunyi untuk jawab call aku. Aku tau dia masih kat kelab malam tu sebab masih dengar lagi bising2 dibelakang.

Dan dengan lemah lembut aku tanya dia, ”Kau kat mana ni, balik sekarang!” dia pun cakap ”Aku lagi dirumah kawan.” Slumber dia jawab terus tutup phone. wtf!! Aku tak puas hati call lagi. Lame aku tunggu baru dia angkat phone. Aku terus bom dia ”Seronok sangat ke dengan perempuan tu sampai tak ingat anak bini kat rumah” sambil aku menahan air mata jatuh berderai. Dia boleh cakap camni dengan serba tak salah “Perempuan mane? mana ada perempuan’‘ dia cakap.

Aku cakap ada orang hantar kat aku gambar kau. Ingat aku tak tahu apa kau buat! Sekarang aku tak kisah lagi, suka hati kau lah. Aku tak peduli. Belum sempat dia jawab aku dah tutup phone. Aku block semua no whtsp dia. Padan muka dia! Hati aku lagi perih, sakit dari jari yang kene hiris pisau tadi. Macam2 aku fikir, terfikir nak larikan diri tapi aku takde siapa2 kat sini. Terfikir nak bunuh diri rasanya. Bodohkan aku sebabkan lelaki macam dia tak peduli pun perasaan aku.

Aku tunggu dia sampai dia balik dekat pukul 4 pagi rasanya aku still lagi tunggu dan akhirnya dia balik jugak tapi dia tidur kat luar tak masuk bilik. Aku pun tak ingin nak jenguk dia kat luar mabuk teruk sampai tak sedarkan diri. Rupanya dia terkesan apa yang aku cakap, “Aku taknak ambil kisah dan peduli pada dia lagi” kata kawan dia tadi. Sebab tu minum sampai tak ingat dunia mabuk teruk kononnya tengah frust dengan bini sendiri. Puikkk!

Ada aku kisah. Sendiri buat sendiri tanggunglah. Awal pukul 7 pagi aku bangun. Tak sedar diri tidur pun sebab nangis malam2 mata sampai lebam, bawa anak mandi, dia masih lagi tidur diluar. Aku siap2 bawa anak keluar. Boleh dia bangun tanya aku nak pergi mana. Aku cakap nak keluar, dia terus rampas kunci pintu tak kasi aku keluar. Dia tanya lagi nak pergi mana. Aku cakap nak keluar kau faham tak?! sambil duk berebut kunci nak buka pintu.

Kali ni dia tengking aku nak pergi mana?! Aku dah tak tahan air mata laju je mengalir, aku cakap nak bunuh diri aku nak mati hahaha padahal aku nak beli nasi lemak je kat bawah tu. Tau dia takut aku nak tinggalkan dia. Baru kau rasa! Sambil berebut kunci tu sambil nangis kami berdua. Anak pun keliru, kenapa dengan mama dengan papa. Kesian dia tak tahu apa2. Tiba2 aku terduduk sambil pegang perut buat2 sakit perut.

Dia bukan main lagi risau, apa selama ni bukan kau kisah pun anak dalam kandungan ni! Dia tanya lagi dengan lembut, kau nak pergi mana.. aku dalam nangis2 tu rasa nak tergelak pun ada haha. Aku tak nak jawab dia..pastu dia cakap, apa kau sudah ada lelaki lain? Mak aii!! Aku jawab dengan tenang, ooo…kalau aku nak keluar maknanya aku ada lelaki lainlah ya! Habis kau tu yang selalu keluar malam selama ni ada perempuan lainkah?! Tanya aku sinis. Dia diam saja.. aku start nangis balik. Aku keluar dengan kawan bukan selalu pun, sekali sekala je kan.

“Mana ada perempuan..betul..kawan-kawan je smua tu” dia jawab sambil nangis. Buat drama pula! Dah lama aku nak cakap kat dia camni. Akhirnya tercakap jugak, baru rasa tenang hati.

Habis aku kat rumah ni apa? kalau kau boleh keluar kenapa aku tak boleh keluar.! Untung kawan kau kan, banyak habiskan masa dengan kau tapi anak bini terbiar dirumah. Ko mau kurung aku ke apa! Aku rasa nak gila terperap dalam rumah 24 jam seminggu ada ko kisah?!

berdas-das aku tembak dia haha kelakar pula tengok muka dia.. sudahlah sayang nak mintak simpati konon bersayang sayang dah. Jangan camni, kesian baby sambil dia usap perut aku. Baru nak kesian, sudah.. aku nak keluar bagi kunci cepat padahal aku dah lapar nak makan nasi lemak. Boleh dia peluk aku sambil cium pipi. Sudah lah sayang, papa janji takkan tinggalkan sayang sorang2 kat rumah lagi.. betul, nanti kita jalan2 pasar malam ya.

Aku senyum sinis, dalam hati cakap ahh sudah janji tinggal janji! Masalahnya ni ke berapa kali dia janji. Tak pernah berubah.. aku dah mula tenangkan diri. Walau dia tengok aku dah normal balik, tapi dalaman aku berkecai retak seribu.. cuba untuk kuat depan dia biar dia ingat aku bukan perempuan lemah. Pastu dia ajak sambung tidur pulak. Katanya masih sakit kepala dan tak larat masuk kerja. 12.30 tengahari tadi dia pergi kerja.

Masa dia tengah tidur, aku sempat godek-godek phone dia. Satu pun takde gambar diorang kawan2 tadi lesap dah.. pandai dia kan, delete semua gambar. Tapi satu dia lupa. walaupun gambar tu dia sudah delete, kat kepala aku masih ada lagi. Susah aku mau lupa memang akan ingat sampai bila-bila. Tengok muka dia tengah tidur terbayang gambar tu. Tengok muka anak terbayang lagi.

Emmm memang aku takkan percaya lagi kat dia lepas ni lantak dialah. Dalam masa yang sama aku sangat2 sayang dia dan hubungan kami. Harap2 lepas anak ke-2 ni lahir nanti dia boleh berubah luangkan masa bersama keluarga kecil kami nanti. Aaminn.

Sumber : http://kisahrumahtangga69.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *