(Video) Wanita Ini Asyik Bermain Mobile Legends Ketika Bersalin Kini Viral Di Medai Sosial..Tak Rasa Sakit Ke?

(Video) Wanita Ini Asyik Bermain Mobile Legends Ketika Bersalin Kini Viral Di Medai Sosial..

Video berdurasi selama 8 saat di mana menunjukkan seorang wanita sedang bermain permainan yang popular pada zaman sekarang iaitu Mobile Legend ketika sedang bersalin.

Rakaman ini berkemungkinan dirakam oleh suami mahupun saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Bagaimana pun, video tersebut telah tular di media sosial kerana rata-rata yang menonton menganggap ia adalah sesuatu yang luar biasa kerana wanita itu langsung tidak menunjukkan sedang menahan sakit.

Dalam video tersebut terdapat dua orang doktor yang sedang membantu proses kelahiran wanita terbabit.

Namun, wanita tersebut hanya menunjukkan reaksi yang biasa sahaja tanpa mengeluarkan sebarang reaksi bahawa dia sedang bersalin seperti yang berlaku kepada kebanyakan wanita yang melalui proses ini.

Ternyata, pengaruh permainan ini sangatlah kuat sehinggakan ia berjaya membantu proses kelahiran bagi wanita ini.

Kejadian ini difahamkan berlaku di China berdasarkan tulisan yang terdapat di bantal yang digunakan oleh wanita itu. Tak tau nak cakap apa untuk wanita ini. Tak sakitke?

 

 

SAAT BAHAGIA BILA ISTERI MELAHIRKAN ANAK KEMBAR YANG SIHAT DAN NORMAL.. TETAPI WAJAH ANAK KEDUANYA CUKUP MEMBUATKAN SUAMINYA PUCAT DAN HAMPIR PENGSAN…!!!

Pengalaman berumah tangga pasangan ini boleh menjadi pengajaran bagi kita semua. Betapa kejujuran sangat pahit untuk dikatakan.

Ayen adalah seorang wanita Taiwan yang bekerja di syarikat Afrika.

Tugas dia di pejabat adalah sebagai seorang penterjemah. Bila pegawai atasan datang ke syarikatnya, Ayen harus membawa mereka jalan-jalan keliling kota.

Menemani membeli belah, makan bersama, bahkan sampai ikut menghantar tamu hingga ke hotel.

Ayen sendiri sudah menikah dengan suaminya selama 3 tahun, dan suatu pagi sebelum ia berangkat kerja, dia merasa tidak sedap badan. Dia terasa mual, sakit perut, dan dada terasa panas.

Suaminya segera mengantarnya berjumpa doktor, dan mereka mendengar jawapan yang tidak diduga
Doktor “Tahniah, kalian akan menjadi seorang papa dan mama!”
Mendengar ucapan doktor, suaminya tidak menahan kegembiraan hingga mengalirkan air mata.

Tetapi reaksi yang aneh dengan Ayen, dimana mukanya tampak terkejut, pucat, dan sedang memikirkan sesuatu.

Atas permintaan dari suaminya, akhirnya Ayen berhenti kerja sebagai penterjemah. Kerana selama Ayen bekerja ia selalu pulang larut malam bahkan sampai subuh kerana harus menemani tetamu.

Oleh sebab itu suaminya takut Ayen terlalu letih sehingga mengganggu kesihatan janinnya.
Namun, karakter Ayen menjadi berubah, dia semakin hari semakin jadi wanita pemarah dan sensitif.

Hubungannya dengan suami jadi sering menjadi dingin, tapi suaminya tetap bersabar menenangkannya.

Setelah pemeriksaan kedua, Ayen mengetahui bahawa di dalam perutnya dia mengandung bayi kembar.

Hal ini membuat tahap emosional Ayen menjadi lebih tinggi lagi, sehingga mertuanya datang membantu mengurusnya.

Waktu berjalan dengan cepat, akhirnya tibalah di hari yang ditunggu-tunggu, Ayen masuk ke dewan bersalin dan semua keluarga menunggu di luar bilik bersalin dengan cemas.

Beberapa jam kemudian, doktor keluar dan membawa salah satu bayinya dan berkata “Tahniah encik, ini bayi Anda yang pertama” Muka bayi itu sangat cantik, kulitnya putih, mirip dengan Ayen.

Doktor pun meneruskan”Tapi mohon maaf, bayi encik yang satu lagi……………….” ucap doktor terputus.

“Bayi saya yang satu lagi kenapa dok? Dia sihat saja kan?” tanya suaminya yang ingin tahu.

Doktor pun tak menjawab dan kembali masuk ke bilik bersalin. Tak lama 5 minit kemudian ia keluar membawa bayinya yang satu lagi, dan ternyata……

“Bayimu satu lagi sihat saja” lanjut doktor sambil menyerahkan bayinya yang kedua ke pelukan sang ayah.
Saat melihat bayi yang kedua, suaminya pun terkejut bukan main, bahkan sampai mukanya pucat tidak percaya.

Bagaimana tidak terkejut, bayi yang kedua memiliki warna kulit yang hitam, rambut ikal,
seperti bayi Afrika yang sangat tidak mirip dengan muka kedua orangtuanya.

Saat melihat bayinya yang kedua, suaminya pun langsung terlintas di pikirannya bahawa kedua bayi ini bukanlah anak kandungnya.

Dia yakin bahawa ini adalah hasil dari hubungan terlarang Ayen dengan pegwai atasannya di syarikat Afrika dulu.

Tak lama setelah dia membawa Ayen pulang ke rumah dia terus meminta cerai.

“Bawa saja kedua anakmu ini kepada pegawai atasan mu! Minta dia bertanggung jawab” ujar suaminya geram.

Bukannya menafikan, tapi Ayen memang mengakui bahawa kedua anak ini adalah hasil hubungan gelap dengan pegawai atasannya.

Dulu setiap kali Ayen menghantar tetamu ke hotel, ia diam-diam melakukan hubungan dengan pegawai atasannya di bilik hotel lain.

Itulah yang menyebabkan selama dia masih bekerja Ayen selalu pulang sehingga subuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *