Alamak , Nyah Tersalah Pelanggan Pulak ! Adoi

Alamak , Nyah Tersalah Pelanggan Pulak ! Adoi


DUA pondan tersilap langkah apabila menawarkan perkhidmatan kepada polis yang menyamar sebagai pelanggan sebelum dicekup ketika Op Noda di sebuah flat di Bandaraya Kuala Terengganu, semalam.

Selain menahan dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 35 tahun, polis turut merampas beberapa kondom yang belum digunakan di dalam rumah berkenaan dalam serbuan kira-kira 11.15 malam.

Menurut sumber, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hasil maklumat dan risikan dijalankan mengenai aktiviti tidak bermoral di kawasan berkenaan yang dipercayai menjadi sarang golongan pondan.

Katanya, polis yang melakukan operasi di kawasan itu kira-kira 11 malam ternampak dua lelaki berpakaian seperti wanita dipercayai sedang menunggu dan memanggil pelanggan.

“Polis bertindak menyamar sebagai pelanggan sebelum berlaku tawar menawar mengenai perkhidmatan mereka.

“Selepas selesai urusan tawar menawar, anggota yang menyamar bersama dua pondan terbabit masuk ke sebuah rumah di flat berkenaan.

“Selepas beberapa minit, polis melakukan serbuan dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang pondan hanya memakai tuala manakala seorang lagi pondan berada di sebuah bilik lain,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Suffian Sulaiman berkata, dua lelaki terbabit ditahan dalam Op Noda hasil tindakan polis yang menyamar sebagai pelanggan dalam usaha membanteras isu pondan di daerah ini.
a man standing next to a woman: Dua pondan dibawa Kompleks Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman selepas dipercayai menawarkan khidmat seks. FOTO Syafiq Ambak© Provided by Media Prima Dua pondan dibawa Kompleks Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah reman selepas dipercayai menawarkan khidmat seks. FOTO Syafiq Ambak
Dalam pada itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan dua lelaki terbabit direman selama empat hari mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *