Cubaan Merasuah Pegawai Polis, Warga Bangladesh Ini Direman !!!

SHAH ALAM – Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan lelaki warga Bangladesh direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan daripada seorang pengusaha restoran bagi membebaskan pekerjanya yang ditahan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Menurut sumber SPRM pada Selasa lalu, lelaki warga Bangladesh berkenaan telah pergi ke rumah pengadu (pemilik restoran) bagi memohon suapan bernilai RM5,000 untuk diberikan kepada pegawai polis itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, sebagai dorongan untuk membebaskan pekerja pengadu yang ditahan atas kesalahan tiada permit kerja yang sah.

Tambahnya, kedua-dua mereka kemudian ditahan oleh SPRM kira-kira pukul 6 petang semalam, di Taman Prima Selayang, Batu Caves dekat sini.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

 

Sumber : mynewshub.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *